Monday, March 19, 2012

kalau awak jodoh saya, xkan kemana kan? =D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
terima kasih kepada anda kerana sudi membaca...

sebenarnya xde pape un utk dikongsi bersama, cuma blog kali ni ditujukan khas kepada sahabat saya nun jauh di sana...

DENG!

awak, persahabatan kita tidak sampai setahun lagi... sekiranya dikira dengan kasar, baru 8 bulan kita berkawan, walaupun sudah bersahabat FB setahun 2 bulan (since january 2011).
namun persahabatan selama 8 bulan di dunia alam maya ini seumpama sudah bertahun lamanya kita berkawan..
di detik masa lapang sy,  byk diluangkan utk berkongsi cerita bersama awak...
biarpun kadang2 cerita sy tidak berbalas, namun seringkali awak menjadi telinga saya..
sy berasa senang ketika berbicara bersama awak..

terima kasih sahabat <3.

dusta sekiranya akan saya katakan sedikit pun tidak ada perasaan sayang, kasih, cinta dan rindu terhadap awak, biarpun cinta sebagai seorg sahabat...
seringkali di hati ini, timbul perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai bersama awak...
namun, takut di hati ini sering timbul.. bukan kerna takut cinta saya di tolak.. tp takut akan kelalaian dalam dunia percintaan yang tidak sah di sisi ISLAM...
meskipun sy pernah meluahkan perasaan cinta sy terhadap awak, namun saya tidak pernah meminta awak membalas jawapan cinta saya itu...
pengajaran dari masa silam saya byk mengajar erti percintaan.. dan sejujurnya, saya amat mecintai cinta saya...
sudah pasti tidak saya sanggup gadaikan cinta saya sekali lagi kepada seseorg wanita yang masih belum pasti menjadi isteri saya...

apa yang saya ingin awak tahu, saya amat mencintai awak... oleh hal demikian, saya tidak mahu bercouple dengan awak... kerana saya takut kita akan lalai bersama nanti... saya sayang awak..
apa yang saya harapkan, awak juga tidak couple dengan hamba ALLAH S.W.T yang lain...
bukan niat saya menghalang awak daripada bercinta dengan orang lain..
tetapi saya risau sekiranya awak akan bersedih satu hari nanti...
biarlah kita bersahabat hingga akhir zaman.. cukup sekadar sahabat...
sekiranya jodoh telah ditakdirkan utk kita berdua bersama suatu hari nnt, insyaALLAH saya akan hantar rombongan meminang dan insyaALLAH saya akan menikahi awak...
sekiranya kita tidak ditakdirkan bersama, cukuplah sekadar bersahabat hingga akhir zaman..

saya hanya mampu merancang,hanya ALLAH S.W.T yang akan menentukannya..=)

akhir kata daripada saya, saya mencintai awak kerana ALLAH S.W.T.

Assalamualaikum Sahabat yang jauh nun di sana.. =)

Ikhlas drpd : MZD. B. MZ